'Saya pilih patuh pada parti'

Pendirian Mohd Nizar yang dikongsi di laman Facebook rasminya pada Sabtu.
Pendirian Mohd Nizar yang dikongsi di laman Facebook rasminya pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menafikan dirinya tersenarai dalam 31 ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menyokong pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pendiriannya ketika ini adalah untuk patuh terhadap ketetapan dibuat parti sepertimana dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

"Saya patuh kepada keputusan parti. Parti Melalui MKT (Majlis Kerja Tertinggi) telah membuat keputusan serta ketetapan.

"Sebagai ahli parti, saya ikut keputusan parti," katanya sebagaimana dinyatakan di Facebook rasmi miliknya, Nizar Zakaria pada Sabtu.

Mohd Nizar daripada UMNO disebut sebagai antara 10 ahli Parlimen yang bersetuju secara lisan (mulut) menyatakan sokongan dan kekal bersama kerajaan PN.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Jumaat.

Pada Selasa, Ahmad Zahid secara rasmi mengumumkan UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

ARTIKEL BERKAITAN:31 ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong PN dan Muhyiddin

Artikel Berkaitan: