Pelari pecut lelaki AS kurang menyengat

Atlet Amerika Syarikat, Kenneth Bednarek semasa acara 200 meter lelaki akhir di Stadium Olimpik, Tokyo sebelum ini. - Foto AFP
Atlet Amerika Syarikat, Kenneth Bednarek semasa acara 200 meter lelaki akhir di Stadium Olimpik, Tokyo sebelum ini. - Foto AFP
A
A
A

ERA kegemilangan Amerika Syarikat (AS) dalam acara trek dan balapan makin suram ekoran prestasi tidak menentu pelari lelaki negara itu yang masih belum menghadiahkan pingat emas pada temasya Olimpik kali ini.

Barisan atlet AS dibarisi prospek seperti Noah Lyles (200m) tampil dengan status pencabar utama di Tokyo selepas reputasi luar biasa dipamerkan mereka pada Kejuaraan Dunia 2019.

Namun, skuad wanita AS tampil lebih menyerlah apabila menyumbang dua emas dalam acara 400m lari berpagar menerusi Sydney McLaughlin dan Athing Mu (800m).

Sebaliknya, atlet lelaki AS terus kemarau emas termasuk pilihan utama, Trayvon Bromell yang gagal ke final acara 100m manakala Lyles berstatus juara dunia sekadar meraih pingat gangsa.

Artikel Berkaitan: