Kuching City buang kelebihan dua gol awal

Pemain Kuching City, Pedro Henrique mengasak pemain Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching pada Ahad.
Pemain Kuching City, Pedro Henrique mengasak pemain Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching pada Ahad.
A
A
A

KUCHING City FC mempersiakan dua gol awal apabila diikat Sri Pahang FC, 2-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada Ahad.

Anak buah Aidil Sharin Sahak yang membawa pulang satu mata dari Cheras ketika mengikat Kuala Lumpur City FC, 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, bermula garang.

Aksi garang The Cats, akhir diterjemahkan menerusi rembatan Tchetche Kipre menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Mohd Zarif Irfan Hishamuddin pada minit ke-19.

Kuching City kemudiannya melebarkan jaringan kali ini menerusi Jordan Mintah pada minit ke-46 separuh masa pertama ketika pasukan pelawat bergelut mencari rentak permainan.

Separuh masa kedua, anak buah Fandi Ahmad tampil lebih berkeyakinan apabila jentera depan skuad Tok Gah mula bersungguh-sungguh menguji Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Hasil usaha kerja keras pasukan pelawat akhir diterjemahkan menerusi Adam Nor Azlin apabila meledak gol untuk Sri Pahang pada minit ke-63.

Gol itu meningkat moral pemain-pemain Tok Gajah apabila mula menekan benteng The Cats yang sekali lagi bolos hasil sentuhan Stefano Brundo namun jaringan penyamaan berkenaan dinafikan video bantuan pengadil (VAR).

Anak buah Fandi tidak berputus asas sekali lagi menekan benteng angkatan Aidil Sharin yang kemudian sekali lagi dihukum kealpaan menyaksikan Zarif Irfan tewas kali kedua hasil jaringan Manuel Hidalgo pada minit ke-77 untuk gol kedua musim ini selepas cemerlang ketika berdepan Kelantan Darul Naim FC di Temerloh sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Keputusan di Kuching, menyaksikan Kuching City mengumpul dua mata manakala Sri Pahang pula tiga mata selepas masing-masing mengharungi dua perlawanan.

Kuching City selepas akan bertandang ke Stadium Likas berdepan Sabah FC bagi aksi Derbi Borneo (25 Mei).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!