Keputusan UMNO tangguh pemilihan MT tidak sah: RoS

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan UMNO menangguhkan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), bahagian dan cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah.

Menurut laporan The Star, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Jasri Kasim berkata, perkara itu sebagaimana terkandung dalam minit mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai lalu.

Beliau berkata, pihaknya berpandangan, ketetapan itu adalah kerana tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.

“RoS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pentadbiran pertubuhan berdaftar dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing yang tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau undang-undang negara,” katanya pada Jumaat.

Jasri dilaporkan berkata, UMNO perlu menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat pemilihan kepada RoS dengan kadar segera.

Pada 8 Julai lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa MKT telah mengesahkan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.

Artikel Berkaitan: