Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita

PDRM
PDRM
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki ditahan selepas melarikan pakaian dalam wanita di Kampung Kemansur di sini pada Rabu.

Lelaki terbabit yang juga seorang warga asing berusia 36 tahun berjaya ditahan dalam serbuan di rumah sewa suspek kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu selepas bapa mangsa berusia 54 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang selepas bapa mangsa dimaklumkan oleh jirannya bahawa seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di kawasan rumahnya.

Menurutnya, tidak lama kemudian, anak perempuannya telah memberitahu bahawa beberapa pakaian dalam miliknya didapati hilang dari ampaian di belakang rumah mereka.

"Bertindak atas laporan polis, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong byelah menahan seorang lelaki warga asing yang juga seorang penganggur.

"Suspek berjaya ditangkap hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Ujarnya, pihak polis menjumpai sejumlah besar pakaian dalam wanita dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian dalam biliknya.

Tambahnya, suspek telah ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui samada saspek turut melakukan di kawasan-kawasan lain dalam daerah Bentong dan buat masa ini hanya satu laporan polis dibuat," katanya lagi.

Dalam pada itu, Zaiham meminta masyarakat agar terus berwaspada dan menghubungi pihak polis sekiranya mengesan sebarang bentuk pelakuan jenayah.