X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD: Unit Comfort Gloves hentikan operasi kilang di Perak

Comfort Rubber Gloves Industries Sdn Bhd akan menghentikan operasi kilangnya di Matang dan Simpang, Perak mulai esok hingga 19 Ogos.
A
A

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Comfort Gloves Bhd, Comfort Rubber Gloves Industries Sdn Bhd akan menghentikan operasi kilang-kilangnya di Matang dan Simpang, Perak mulai esok hingga 19 Ogos 2021.

Langkah itu diambil susulan keputusan kerajaan menempatkan kedua-dua kilang berkenaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Lau Joo Yong berkata, syarikat itu akan memanfaatkan penimbal inventorinya yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya satu bulan bagi mengurangkan kesan daripada gangguan sementara kepada operasi.

"Penimbal inventori ini adalah sebahagian daripada kesinambungan perniagaan kami dan juga merupakan strategi kami untuk bersiap sedia sekiranya berlaku perkara seumpama ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Syarikat itu akan memudahkan saringan Covid-19 secara besar-besaran dan kuarantin wajib terhadap pekerja, keluarga mereka dan kontak rapat.

Syarikat turut komited melakukan ujian calitan setiap minggu dan setiap kali pekerja dijangkiti dan telah memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!