JKDM Selangor patahkan penyeludupan besi dari China bernilai RM10 juta

Abdul Latif
Abdul Latif
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit II Selangor mematahkan cubaan satu sindiket menyeludup besi dari China dianggarkan berjumlah RM9.65 juta termasuk duti atau cukai, dalam Operasi Waja yang dijalankan bermula 29 Jun hingga 2 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir memberitahu, menerusi operasi itu beberapa siri rampasan besi dipercayai untuk kegunaan sektor pembinaan berjaya dilakukan membabitkan penahanan 57 kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, dekat sini.

“Jumlah nilai rampasan dianggarkan RM6.111 juta, (tidak termasuk) dengan jumlah duti atau cukai dianggarkan RM3.539 juta. Besi diklasifikasi sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 1, Jadual Keempat / Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

“Semakan borang kastam 1 mendapati kontena tersebut telah diikrar sebagai Nickel Steel Plate in Coil dan Hot Rolled Stainless Steel Coils tanpa perlu mengemukakan permit import bagi mengelakkan duti import dan duti antilambakan serta dikesan oleh pihak JKDM,” katanya.

Pengimport dan ejen kastam yang terlibat dalam kes tersebut kata Abdul Latif sedang disiasat kerana cubaan mengelakkan dengan fraudan duti kastam dan mengelakkan larangan import di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. -Bernama

Artikel Berkaitan: