Pandelela akhiri saingan di tangga ke-12

Pandelela
Pandelela
A
A
A

[DIKEMASKINI] IMPIAN untuk menyaksikan ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg membawa pulang pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila mengakhiri saingan pada kedudukan terakhir daripada 12 peserta di pentas final acara 10 meter (m) platform individu wanita pada Khamis.

Pada aksi di Pusat Akuatik Tokyo itu, atlet berusia 28 tahun tersebut mengumpul 245.85 mata dalam lima terjunan yang menyaksikan pingat emas dimenangi penerjun China berusia 14 tahun, Quan Hongchan yang mengumpul 466 mata keseluruhan.

Sementara itu, rakan senegaranya, Chen Yuxi meraih perak (425.40 mata) manakala pingat gangsa dimenangi penerjun Australia, Melissa Wu yang mengumpul 371.40 mata.

Pada terjunan pertama Pandelela meraih 18 mata, kedua 71.05 mata, ketiga 60.80 mata, keempat 52.80 mata dan kelima 43.20 mata pada aksi di Tokyo 2020 kali ini.

Artikel Berkaitan: