X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli Parlimen Maran sokong kerajaan PN, taat setia kepada Agong

Dr Ismail Abd Muttalib
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Maran daripada UMNO, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib membuat pengumuman terbuka menyokong penuh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sokongan kepada Muhyiddin adalah sama seperti sokongannya terhadap Perdana Menteri sebelum ini.

“Justeru, sebagai Timbalan Menteri Persekutuan, patik akan terus melaksanakan dan memberi khidmat sehabis baik dengan jujur, bersih, cekap dan amanah demi rakyat, agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu

Beliau pada masa sama turut menyembahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Patik juga akan sentiasa menjaga dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu selagi nyawa dikandung badan,” katanya.

UMNO menerusi kenyataan pada Selasa mengambil pendirian tidak mempertahankan kerajaan PN.

Pada Rabu, Muhyiddin selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan terdapat lapan ahli Parlimen UMNO yang menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menarik sokongan kepadanya.

Muhyiddin berkata, Seri Paduka Baginda berkenaan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ditentukan menerusi usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat pada September depan.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO

Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!