X

Kindly register in order to view this article
!

'Jangan sibuk hal Kedah'

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Pulau Pinang diminta tidak ‘menyibuk’ dalam urusan berkaitan negeri Kedah terutama pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pulau Pinang tidak perlu campur tangan dalam urusan negeri itu kerana kerajaan negeri Kedah tidak pernah mencampuri hal negeri pulau mutiara itu.

“Saya ada baca surat khabar dan beberapa portal mengenai reaksi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy berhubung KXP.

"Pesan saya, 'mind your own business' (jaga urusan awak sendiri). Saya tak kacau Pulau Pinang, kamu jangan kacau Kedah,” katanya pada sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Rabu.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mengumumkan fasa pertama projek KXP bernilai RM6 bilion dijangka akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, KXP dijangka akan memainkan peranan utama dalam beberapa cabang industri penerbangan serantau sekali gus menjadi ‘game changer’ kepada kemajuan ekonomi negeri ini serta beberapa negeri berjiran di utara tanah air.

Namun pada Selasa, Ramasamy dalam satu kenyataan mempersoalkan sama ada rancangan pembinaan KXP adalah satu keperluan utama pada masa ini.

Pemimpin DAP itu meminta Muhammad Sanusi lebih mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya berbanding memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek mega berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!