First Aid Emosi bantu sokong emosi ketika pandemik

Nicole Tan Lee Koon(dua kiri) melawat wanita yang baru diceraikan suami ketika masih dalam pantang
Nicole Tan Lee Koon(dua kiri) melawat wanita yang baru diceraikan suami ketika masih dalam pantang
A
A
A

NILAI - Kerajaan Negeri Sembilan bercadang mewujudkan pasukan First Aid Emosi di setiap komuniti.

Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pasukan itu akan berperanan membantu memberi semangat dan sokongan kepada mereka yang terjejas akibat pendemik Covid-19.

"Kita ada first aid (pertolongan kecemasan) untuk kecederaan, tapi bagi saya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita juga perlu ada first aid untuk emosi.

"Pasukan ini perlu ada di setiap komuniti yang boleh membantu membimbing dan beri kaunseling kepada mereka yang terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat seorang wanita yang tertekan selepas diceraikan suami ketika dalam pantang di Flat Taman Semarak di sini, pada Rabu.

Ujarnya, fungsi skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) di negeri ini akan diperluaskan untuk memainkan peranan sebagai pasukan First Aid Emosi.

Sementara itu, katanya dalam lawatan itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan meluluskan bantuan kanak-kanak berjumlah RM600 setiap bulan kepada wanita itu.

Artikel Berkaitan: