X

Kindly register in order to view this article
!

Muda gesa PM buktikan keabsahan segera, tiada alasan tunggu September

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan keabsahan sokongan majoriti segera, bukannya menunggu sehingga September.

Biro Politik parti itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia perlu dibuktikan di Parlimen dengan kadar segera.

"Tiada alasan untuk melambatkan persidangan Parlimen sehingga September," kata kenyataan itu.

ARTIKERL BERKAITAN: Keabsahan PM, PN ditentukan di Parlimen September depan

Menurut kenyataan itu, Parti Muda juga kekal berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal dan perlu berundur.

"Kami percaya ia juga adalah pendirian yang dipegang oleh semua parti di blok pembangkang," katanya.

Pada Rabu Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

Keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri juga akan ditentukan Parlimen menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!