X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 global lebih 199 juta, angka korban 4.24 juta

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.24 juta. - Foto Bernama
A
A

LEBIH 400,000 kes baharu dikesan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 global ketika ini melepasi 199 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 35 juta kes, diikuti India dengan lebih 31.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.9 juta kes.

Perancis dan Rusia merekodkan jangkitan melebihi 6 juta, manakala United Kingdom dan Turki melebihi 5 juta kes.

Sementara Argentina, Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 3.49 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 1.6 juta.

Malaysia mencatat 1.16 juta kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 600,000 dan lebih 65,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.24 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 614,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 557,000 kes, India lebih 425,000 kes dan Mexico lebih 241,000 kes.

United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 98,000 kes.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 28,000 diikuti Malaysia lebih 9,000, manakala Thailand dengan lebih 5,000 angka korban.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!