Pengurusan jenazah Covid-19 kini tidak lebih 24 jam

Pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang beragama Islam di tiga hospital di Selangor kini tidak melebihi tempoh 24 jam susulan pelaksanaan inisiatif pengurusan jenazah yang dilaksanakan kerajaan negeri.
Pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang beragama Islam di tiga hospital di Selangor kini tidak melebihi tempoh 24 jam susulan pelaksanaan inisiatif pengurusan jenazah yang dilaksanakan kerajaan negeri.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang beragama Islam di tiga hospital di Selangor kini tidak melebihi tempoh 24 jam susulan pelaksanaan inisiatif pengurusan jenazah yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pengendali mayat pesakit Covid-19 bukan Islam bagi mempercepat proses pengurusan yang sebelum ini memakan masa sehingga empat hari.

“Alhamdulillah, suka saya maklumkan bahawa tiada lagi ‘limpahan’ jenazah pesakit Covid-19 di hospital seperti yang dilaporkan sebelum ini selepas inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Shah Alam dan Hospital Sungai Buloh.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nor Azmie Diron sedang berbincang dengan pengendali bagi mempercepat proses pengurusan mayat bukan Islam,” katanya pada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Universiti Teknologi MARA Shah Alam pada Selasa.

Beliau juga berkata, sehingga semalam kadar individu dewasa di Selangor yang melengkapkan dua dos vaksinasi telah mencecah 30 peratus dan dijangka mencapai lebih 50 peratus pada akhir bulan ini.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh berpuas hati dengan angka ini justeru pelbagai inisiatif akan dilaksanakan termasuk menumpukan suntikan vaksin kepada warga asing sama ada yang berdokumen atau tidak," katanya.

Amirudin berkata, sesi janji temu dos kedua kepada penerima vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' dalam program Vaksin Selangor (SelVAX) akan dimaklumkan menerusi aplikasi SeLangkah bagi mengelakkan berlaku kesesakan di PPV.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan berlakunya kesesakan di PPV SelVAX yang mula menerima individu secara 'walk-in' semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: