X

Kindly register in order to view this article
!

Dua wanita tokan dadah ditahan

Suspek yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Jalan Klang Lama pada Jumaat.
A
A

KUALA LUMPUR - Dua wanita yang dipercayai pengedar ditahan bersama dadah dianggarkan bernilai RM43,750 dalam satu serbuan di sebuah apartment di Jalan Klang Lama di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, dua wanita berusia 31 hingga 35 tahun itu ditahan oleh pasukan operasi dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dalam serbuan jam 7.50 pagi.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di dalam bilik menemui 1,480 peket plastik mengandungi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 2,997 gram.

“Turut dirampas, 250 peket plastik mengandungi dadah disyaki jenis methamphetamine dianggarkan seberat 261 gram dan wang tunai RM250,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Basri berkata, suspek pertama didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Suspek kedua pula mempunyai sembilan rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 6, Seksyen 15(1)(a) kesemuanya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1952 serta Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

"Suspek pertama dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Lembah Klang dalam tempoh sekitar satu tahun, manakala suspek kedua selama 10 tahun," katanya.

Tambah beliau, ujian awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu sehingga Isnin depan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung jika bersalah," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!