Waris kanak-kanak perempuan dicari

Waris kepada Jesmin Oo dicari bagi membantu urusan permohonan sebagai anak angkat.- Foto ihsan PKMD
Waris kepada Jesmin Oo dicari bagi membantu urusan permohonan sebagai anak angkat.- Foto ihsan PKMD
A
A
A

IPOH - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta di sini, meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Pelindung Kanak-Kanak PKMD Kinta, Nur Adilah Hambali berkata, Jesmin Oo ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan pramatang pada 7 Februari 2017.

"Ibu kandung yang dikenali sebagai San San Oo telah meninggalkan kanak-kanak berkenaan di Wad NICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Kanak-kanak ini telah diserahkan kepada keluarga pelihara pada 28 Julai 2019," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, waris kanak-kanak itu dicari bagi membantu urusan permohonan sebagai anak angkat dan akan dipohon setelah prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di sini selesai.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris kanak-kanak berkenaan boleh tampil atau berhubung Unit Kanak-Kanak PKMD di talian 05-2410986 dengan kadar segera," katanya.

Artikel Berkaitan: