EPL kemaskini sistem VAR

Penggunaan VAR akan dikemaskini
Penggunaan VAR akan dikemaskini
A
A
A
[DIKEMAS KINI] PENGGUNAAN sistem video bantuan pengadil (VAR) akan dikemaskini bagi mengenal pasti dengan lebih jelas tindakan pemain yang sengaja menjatuhkan diri untuk memperoleh sepakan penalti.

Ketua Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), Mike Riley berkata, pihaknya sedang berusaha mengemaskini sistem berkenaan sebagai salah satu usaha mengatasi 'lakonan' daripada mana-mana pemain.

“Setiap pengadil dan pegawai perlawanan terlibat akan diberikan taklimat berhubung perkara itu. Ia bagi membolehkan mereka melihat sendiri sejauh mana insiden yang berlaku sebelum sepakan penalti diberikan.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk membuat penilaian terhadap keputusan-keputusan kontroversi melibatkan kedudukan ofsaid kepada mana-mana pemain.

“Secara asasnya, kami mahu pemain tidak lagi menggunakan alasan ‘disentuh’ ketika berada ddalam kotak penalti termasuk kedudukan ofsaid yang kontroversi pada musim baharu nanti,” katanya.
Artikel Berkaitan:


EPL antara saingan liga di Eropah yang mengguna pakai sistem VAR sejak beberapa musim lalu, namun penggunaan teknologi itu masih mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemain dan pasukan.