X

Kindly register in order to view this article
!

302 individu disahkan maut akibat banjir di China

Media tempatan melaporkan, hampir 13 juta orang terjejas dengan 9,000 rumah rosak teruk akibat banjir itu.- Foto Reuters
A
A

HENAN - Angka kematian akibat banjir di wilayah Henan, China meningkat kepada sekurang kurangnya 302 orang.

Hampir 50 orang lagi masih hilang setelah wilayah itu dilanda banjir buruk susulan hujan tanpa henti sejak tiga hari lepas.

Media tempatan melaporkan, hampir 13 juta orang terjejas dengan 9,000 rumah rosak teruk akibat banjir itu.

Sebahagian besar kematian dilaporkan di kota Zhengzhou di mana banjir menggelamkan kawasan parkir kereta bawah tanah mengakibatkan banyak kenderaan hanyut dibawa arus deras.

Pada Isnin, pihak berkuasa tempatan melaporkan 39 orang maut dan ditemui di tempat letak kereta bawah tanah.

14 orang lagi terbunuh apabila air bergenang memenuhi jaringan keretapi bawah tanah.

Beberapa empangan di wilayah itu juga telah mencapai tahap atau paras amaran.

Presiden China, Xi Jinping turut memberi amaran mengenai kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda susulan daripada bencana alam itu. - Sumber Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!