X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 4.18 bilion vaksin Covid-19 disuntik di seluruh dunia

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

ANKARA - Jumlah suntikan vaksin Covid-19 yang telah diberi di seluruh dunia melepasi 4.18 bilion pada Isnin, menurut Agensi Anadolu, memetik Our World in Data.

China, negara pertama virus itu dikesan pada akhir 2019, mendahului senarai dengan lebih 1.67 bilion suntikan, diikuti India dan Amerika Syarikat, masing-masing 472.22 juta dan 346.46 juta.

Brazil pula sudah memberikan hampir 142.5 juta dos vaksin manakala Jerman mencatat 92.05 juta suntikan. Sementara Jepun dan United Kingdom masing-masing 87.38 juta dos vaksin dan 85.2 juta dos.

Turki pula telah menyuntik lebih 73.6 juta dos dan berada di kedudukan kelapan dunia. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!