Tak sempat mengelak, lelaki maut kemalangan

Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha 125 Z yang ditunggangnya terlibat kemalangan di simpang tiga Kampung Lati, Pasir Mas pada Isnin.
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha 125 Z yang ditunggangnya terlibat kemalangan di simpang tiga Kampung Lati, Pasir Mas pada Isnin.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha 125 Z yang ditunggangnya terlibat kemalangan di simpang tiga Kampung Lati, di sini pada Isnin.

Kemalangan jam 9.20 pagi itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan Mat Zul Faiz Mat Zaid, 20, maut di lokasi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu.

"Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Kancil telah dipandu oleh seorang warga emas berusia 64 tahun dari arah Hospital Lati menghala ke Pasir Mas," katanya.

Beliau berkata, setiba di lokasi pemandu Perodua Kancil itu secara tiba-tiba telah membuat pusingan U.

Mohd Nasaruddin berkata, pada masa sama, motosikal yang ditunggang mangsa dari arah sama tidak sempat membrek dan mengelak.

Katanya, susulan itu motosikal tersebut telah melanggar bahagian kanan kereta berkenaan.

"Akibat daripada perlanggaran itu, penunggang motosikal tersebut telah tercampak ke hadapan dan tidak sedarkan diri sejurus kemalangan.

Artikel Berkaitan:

"Penunggang motosikal itu disahkan telah meninggal dunia di lokasi dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Caption

Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha 125 Z yang ditungganinya terlibat kemalangan di simpang tiga Kampung Lati, Pasir Mas pada Isnin.