KPDNHEP Pulau Pinang lupus barangan tiruan bernilai RM330,032

KPDNHEP
KPDNHEP
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pelbagai beg tangan, jersi bola sepak, aksesori telefon bimbit dan barangan elektrik berjenama tiruan bernilai RM330,032 dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang hari ini.

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Abdul Ghapar berkata semua barangan berkenaan adalah hasil rampasan membabitkan 20 kes sepanjang tempoh 2017 hingga awal tahun ini dan dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah.

"Antara barang rampasan adalah produk makanan, alat ganti motosikal, rokok tiruan, dan cakera video digital (DVD) yang turut dilupuskan di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP Pulau Pinang di Bukit Minyak di sini.

"Selain barangan tiruan atau ciplak, ia membabitkan kesalahan menggunakan perihal dagangan palsu, logo halal tidak sah selain kesalahan mengikut Akta Jualan Langsung iaitu tanda harga, jualan murah dan penglabelan," katanya kepada pemberita di sini.

Produk makanan yang terlibat akan dilupuskan dengan cara menyalurkannya ke program Mutiara Food Bank untuk edaran kepada golongan yang memerlukan dengan syarat produk itu masih dalam keadaan baik dan berkualiti. - Bernama

Artikel Berkaitan: