4.5 tan durian diagih secara pandu lalu

Roslan (tengah,duduk) bersama 4.5 tan durian yang disumbangkan syarikat AAIA Teraju Sdn Bhd kepada penduduk kampung pada Ahad.
Roslan (tengah,duduk) bersama 4.5 tan durian yang disumbangkan syarikat AAIA Teraju Sdn Bhd kepada penduduk kampung pada Ahad.
A
A
A

TEMERLOH - Sebanyak 4.5 tan buah durian kampung habis dalam tempoh dua jam selepas diagihkan secara percuma kepada penduduk di Kampung Sungai Kepong di Lanchang dan sekitarnya pada Ahad.

Pemilik syarikat insurans perumahan AAIA Teraju Sdn Bhd yang menyumbangkan buah berkenaan, Roslan Basri, 45, memberitahu raja buah itu diagihkan secara pandu lalu kepada penduduk

Menurutnya, ia program julung kali syarikat itu yang memilih durian sebagai sedekah berbanding tahun-tahun sebelumnya mengagihkan sumbangan makanan.

"Kali ini kami memilih durian sesuai dengan musim buah tersebut selain memberi peluang kepada orang ramai menikmatinya," katanya kepada Sinar Harian.

Roslan mengagihkan durian secara pandu lalu kepada penduduk.
Roslan mengagihkan durian secara pandu lalu kepada penduduk.

Beliau juga gembira kerana agihan berjalan lancar dan hasrat syarikat itu tercapai selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Kami berhasrat menganjurkan program sama dengan jumlah durian lebih banyak selepas ini jika berkesempatan," jelasnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Mat Abdul Wahib, 41, gembira kerana ada pihak yang sudi mengagihkan durian kepada penduduk kampung secara percuma dan memuji usaha syarikat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 4.5 tan durian kampung habis dalam tempoh dua jam selepas diagihkan secara pandu lalu kepada penduduk di Kampung Sungai Kepong, Lanchang.
Sebanyak 4.5 tan durian kampung habis dalam tempoh dua jam selepas diagihkan secara pandu lalu kepada penduduk di Kampung Sungai Kepong, Lanchang.