X

Kindly register in order to view this article
!

Bina pusat pelupusan sisa kimia di Pasir Gudang

Che Zakaria (dua dari kiri) menyerahkan bakul makanan kepada ahli Persatuan Anak-anak Perantau Johor di Pasar Mufakat Sabah, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pada Isnin.
A
A

PASIR GUDANG - Sebuah kilang khas atau pusat pelupusan sisa kimia perlu dibina di daerah ini bagi menangani masalah pencemaran sungai dan laut yang berpunca daripada sisa atau bahan buangan industri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata, kemudahan rawatan sisa buangan bersepadu lengkap dengan teknologi terkini dan mesra alam wajar dipertimbangkan bagi mengurus semua sisa buangan kimia terjadual.

"Ini kerana terdapat lebih 5,000 kilang termasuk kilang-kilang besar dan antarabangsa beroperasi di Pasir Gudang yang merupakan kawasan industri terbesar di Malaysia

"Pada masa sama, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang tidak mempunyai kapasiti tenaga kerja yang cukup untuk memantau semua kilang berasaskan bahan kimia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan bakul makanan secara simbolik kepada 78 ahli Persatuan Anak-anak Perantau Johor di Pasar Mufakat Sabah, Bandar Seri Alam di sini pada Isnin.

Che Zakaria mengulas pencemaran terbaru dikesan di Sungai Kim Kim, Kampung Bukit Pulai di sini pada Rabu lalu yang kembali mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Pada 1 Julai lalu, Sungai Kopok, Kampung Perigi Acheh di sini bertukar warna hitam, busuk dan hidupan sungai mabuk sebelum mati berpunca daripada pencemaran sisa buangan bahan kimia dari Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini kilang sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang terpaksa menghantar sisa buangan toksik ke sebuah pusat pelupusan di Negeri Sembilan.

Beliau mendakwa, disebabkan tidak mahu mengeluarkan kos untuk proses pelupusan sisa toksik, terdapat kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut sejak dahulu lagi.

Dalam perkembangan lain, Che Zakaria berharap kerajaan akan mencari jalan mencari tapak pelupusan sampah yang baharu atau menyelesaikan masalah sampah tidak terurus di tempat pembuangan sampah di Tanjung Langsat di sini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!