X

Kindly register in order to view this article
!

Lima ahli Parlimen desak Muhyiddin, menteri kabinet letak jawatan

Muhyiddin Yassin
A
A

KOTA KINABALU - Lima ahli Parlimen mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet beliau meletakkan jawatan serta-merta secara terhormat.

Desakan itu dibuat melalui kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

"Kami menjunjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada 29 Julai 2021 lalu yang telah menyatakan pandangan Seri Paduka Baginda terhadap kepentingan serta keperluan untuk Institusi Parlimen Malaysia dimartabatkan dan Perlembagaan Persekutuan hendaklah sentiasa dipatuhi serta mengikut peraturan dan undang-undang negara.

"Asas dan tunjang kepada Perlembagaan negara ini haruslah dipertahankan dan perlu diterjemahkan melalui tindakan secara profesional tanpa wujudnya faktor ‘Fear & Favour’ yang memungkinkan asas utama bagi suatu pentadbiran yang telus dan berintegriti tercalar, " kata kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan itu turut menyebut, melihat kepada perkembangan yang berlaku sejak hari pertama Mesyuarat Khas Sidang Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang bermula pada 26 Julai lalu, terbukti ketidaksungguhan dan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir urus negara ini terutama dalam membendung wabak Covid-19.

"Kami juga mengambil serius berkenaan penzahiran rasa dukacita Seri Paduka Baginda terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang gagal dalam menjalankan titah perintah dan perkenan Baginda Tuanku supaya cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas dan seterusnya diungkaikan di Parlimen.

"Keputusan dan tindakan kerajaan PN (Perikatan Nasional) yang secara jelas ingkar dan tidak patuh kepada titah Baginda Tuanku, kami berpendirian bahawa kerajaan PN telah dengan sengaja menghalang dan mematikan kesuburan sistem demokrasi dan semak imbang yang perlu diangkat dan diterjemahkan melalui institusi Parlimen negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Tun M desak Muhyiddin, menteri kabinet letak jawatan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!