Penagih dadah positif Covid-19 enggan dikuarantin larikan diri

No Image Caption
A
A
A

KEMAMAN - Seorang penagih dadah bertindak melarikan diri dari kediamannya kerana enggan menjalani proses kuarantin selepas didapati positif Covid-19.

Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu melarikan diri dari kediamannya di Bandar Cheneh Baru, di sini.

Katanya, lelaki terbabit disahkan positif selepas menjalani ujian saringan bersasar yang dilakukan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang dijalankan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bandi.

"Lelaki tersebut gagal dikesan kerana tiada di kediamannya ketika dipanggil untuk menjalani proses kuarantin.

"Pihak polis percaya lelaki berkenaan masih bersembunyi di kawasan PKPD Mukim Bandi kerana semua laluan telah ditutup dan tiada jalan dia keluar dari kawasan itu," katanya ketika dihubungi, pada Ahad.

Dalam pada itu, Hanya berkata, siasatan dijalankan mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Usaha memburu lelaki tersebut telah digerakkan malah pihak polis turut membuat pemantauan di lokasi-lokasi 'hot spot' yang menjadi sarang penagihan dadah di mukim terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan: