Penyediaan van jenazah percuma terjejas, mohon sumbangan ramai

Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah orang Islam secara percuma kini memohon bantuan kewangan.
Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah orang Islam secara percuma kini memohon bantuan kewangan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Johor yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah orang Islam di negeri ini secara percuma kini berdepan kekangan kewangan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Johor, Zulnizam Zainal Abidin berkata, ini kerana permintaan terhadap perkhidmatan tersebut semakin meningkat kebelakangan ini.

"Sebelum pandemik Covid-19 melanda, kebiasaannya kami menerima sekitar 20 permohonan sebulan, namun sejak baru-baru ini jumlah itu semakin meningkat termasuklah jenazah pesakit Covid-19.

"Beberapa bulan kebelakangan ini, setiap hari kami menguruskan antara tiga atau empat jenazah sehari dan kami kekurangan dana untuk menerima permintaan pelbagai pihak, sama ada pihak hospital mahupun keluarga waris sendiri," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, sejak beberapa bulan ini jumlah jenazah pesakit Covid-19 yang diuruskan mereka semakin meningkat dan seramai 30 jenazah pesakit Covid-19 diuruskan pada bulan lalu sahaja.

Tambahnya, pihaknya mempunyai empat buah van jenazah bagi menyediakan perkhidmatan tersebut, namun hanya tiga yang beroperasi di negeri ini, manakala sebuah lagi dihantar ke Klang, Selangor untuk perkhidmatan serupa.

"Perkhidmatan yang kami sediakan sejak tiga tahun lalu adalah merangkumi semua tahap daripada menguruskan mandi mayat, pembelian kelengkapan, penghantaran ke kubur serta kos penggalian kubur.

"Anggaran kos juga berbeza di mana mayat dewasa bukan Covid-19 antara RM800, manakala bagi pesakit Covid-19 melebihi RM1,000 setiap jenazah. Harganya berbeza kerana kelengkapan yang berlainan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah orang Islam secara percuma kini memohon bantuan kewangan.
Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah orang Islam secara percuma kini memohon bantuan kewangan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata), Faridah Hamzah berkata, tujuan perkhidmatan Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor adalah bagi membantu mereka yang berkemampuan.

Menurut beliau, Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor tidak mahu keluarga jenazah terbeban dengan kos van jenazah dan sebelum ini semua perbelanjaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ditanggung individu dan pihak dermawan.

"Namun disebabkan keadaan pandemik ketika ini dan perniagaan tidak dapat dibuka, mereka terpaksa meminta bantuan. Kos kelengkapan perlindungan diri (PPE) satu set harganya kira-kira RM250 untuk seorang," katanya.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan kepada persatuan itu atau pihak lain yang memerlukan boleh berhubung dengan 03-61278906 atau 013-7065553 (Faridah), sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Mybank Permata Baiduri Malaysia 551128630934.