Hutan terbakar: Masyarakat perlu ambil iktibar

Andansura
Andansura
A
A
A

KUANTAN - Masyarakat digesa ambil iktibar kejadian kebakaran yang berlaku di sekitar hutan gambut Gebeng di sini.

ADUN Beserah, Andansura Rabu berkata, kawasan tanah gambut sememangnya sensitif kerana sifatnya yang mudah terbakar apabila kering dan faktor haba tinggi ketika ini.

"Orang awam diminta ambil iktibar dan pengajaran supaya sentiasa berhati-hati dalam apa juga tindakan supaya tidak beri kesan seperti ini.

"Mereka yang hendak memancing dan menjalankan aktiviti rekreasi di sini perlu mengambil perhatian dan prihatin jika ada punca-punca kebakaran daripada kegiatan orang awam," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran, hari ini.

Kebakaran hutan gambut itu dipercayai berpunca daripada pembakaran dilakukan ketika aktiviti memancing di tasik tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kebakaran hutan merebak, asap tebal jejas penglihatan

40 hektar hutan kawasan perindustrian Gebeng terbakar

Pada masa sama, Andasura turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Pahang dan Terengganu yang bekerjasama mengawal serta memadam kebakaran.

Artikel Berkaitan:

"Komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan keselamatan orang awam serta kebakaran hutan dikawal sebaik mungkin wajar dihargai meskipun berdepan risiko kesihatan.

"Terima kasih anggota bomba serta pegawai industri yang membantu mengawal kebakaran," katanya.

Beliau berkata, biarpun kebakaran masih lagi berlaku dan berterusan namun berjaya dikawal.

"Setakat ini tiada aduan ketidakselesaan penduduk mahupun kesihatan yang dibawa ke pihak saya kesan kebakaran ini," katanya.