40 hektar hutan kawasan perindustrian Gebeng terbakar

40 hektar hutan kawasan tanah gambut belum dibangunkan di Pusat Perindustrian Gebeng telah dilaporkan terbakar sejak petang semalam dan kini masih dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut
40 hektar hutan kawasan tanah gambut belum dibangunkan di Pusat Perindustrian Gebeng telah dilaporkan terbakar sejak petang semalam dan kini masih dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut
A
A
A

KUANTAN - 40 hektar kawasan tanah gambut di Pusat Perindustrian Gebeng yang dilaporkan terbakar sejak petang semalam.

Kebakaran yang bermula kira-kira jam 2 petang semalam dipercayai bermula daripada sebuah tasik dan usaha memadam kebakaran masih dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dibantu Perjanjian Bantuan Kecemasan Gebeng (GEMA) terdiri daripada pihak industri.

Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohammed berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu 2.28 petang semalam.

Menurutnya, hutan seluas 40 hektar yang terbakar itu dipercayai akibat tindakan sekumpulan pemancing meninggalkan punca kebakaran berkemungkinan puntung rokok atau unggun api di di kawasan tersebut.

"Usaha memadam kebakaran giat dilakukan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran dan menyebabkan keadaan berasap yang boleh mengehadkan tahap pemandangan pemandu di kawasan sekitar.

“Setakat ini 40 hektar daripada 101 hektar tanah gambut telah terbakar dan kini kami memfokuskan kepada tiga kaedah iaitu membina saliran dan takungan bagi mengalirkan air untuk meningkatkan paras air supaya ia sama paras dengan tanah,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan api melarat ke kawasan lain selain meletakkan anggota berhampiran Jalan Pintasan Kuantan - Pelabuhan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain (Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan) dan MKCIP menyebabkan keadaan panas kepada pengguna jalan raya.

Nor Hisham menunjukkan perancangan pihak bomba kepada media dalam memadamkan kebakaran di kawasan tersebut.
Nor Hisham menunjukkan perancangan pihak bomba kepada media dalam memadamkan kebakaran di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Nor Hisham berkata, seramai 21 anggota bomba yang dibantu 14 anggota industri di Kawasan Perindustrian Gebeng membantu memadam dan mengawal kebakaran termasuk meminjam kemudahannya.

“Kita mempunyai dua jentera dan dibantu jentera dari Lynas (Corporation Ltd) dan Petronas Chemicals MTBE.

"Kita juga mendapat bantuan pihak industri yang menyediakan dron untuk meninjau keadaan semasa kebakaran selain memantau keadaan termasuk pergerakan angin yang kini menghala ke Kuantan," katanya.

Beliau berkata, dijangka keadaan malam ini akan berlaku pertukaran arah angin dan semua anggota dalam keadaan siap siaga.

"kita berharap, orang ramai terutama di sekitar Pusat Perindustrian Gebeng mengambil langkah berjaga jaga dengan minum air dengan banyak.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka pada musim panas yang boleh menyebabkan kejadian kebakaran di tempat terbuka sehingga memberi kesan kepada jarak penglihatan," katanya.

Bomba juga mendapati sejak minggu lalu trend kebakaran mula meningkat.

"Sabtu lalu sebanyak 24 laporan kebakaran diterima, Ahad (20) dan semalam pula 19 laporan.

“Ada tiga lokasi berlaku kebakaran skala besar iaitu di sini, ladang di Muadzam Shah membabitkan hutan seluas lapan hektar dan laluan di Nenasi, Pekan,” katanya.