X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buru 4 tahanan positif Covid-19 lari dari pusat kuarantin

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PENAMPANG - Polis sedang memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kesemua tahanan terbabit melarikan diri pada jam 3.30 pagi Ahad.

Katanya, warga Filipina terbabit ialah Mohd Rahman Basir, 24, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, manakala seorang lagi merupakan warga tempatan, Arippian Abdul, 27.

"Tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke PKRC berkenaan pada 24 Julai lalu, selepas disahkan positif Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai semua tahanan supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!