X

Kindly register in order to view this article
!

25 pelajar DUN Ampangan terima komputer riba WILL

Mohammad Rafie menyampaikan sumbangan komputer riba.
A
A

SEREMBAN - Seramai 25 pelajar perempuan yang kini belajar di Tingkatan 6, Matrikulasi dan universiti di dalam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan terpilih untuk menerima komputer riba di bawah program 'Women in Lenovo Leadership' (WILL).

Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, komputer riba tersebut adalah sumbangan daripada Pertubuhan Sains dan Kesejahteraan (Science And Wellness Organization-SWO) di bawah program WILL.

Beliau berkata, bantuan itu disalurkan kepada mereka yang kurang berkemampuan bagi membantu menaikkan semangat mereka untuk terus belajar walaupun melalui pembelajaran dalam talian.

"Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan menyalurkan sumbangan komputer riba kepada 25 pelajar perempuan yang bermastautin dalam DUN ini.

"Selain membantu mereka dalam melancarkan urusan pembelajaran, sumbangan ini turut diharapkan dapat membantu dan membangunkan wanita menerusi pendidikan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, peranti yang diterima itu diharap dapat memberi manfaat kepada mereka untuk menimba ilmu dalam era maklumat yang kini berada dihujung jari.

Sementara itu, Mohamad Rafie yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri berkata, pihaknya turut menyampaikan sumbangan kepada 22 wakil keluarga di Ampangan yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Katanya, sumbangan khas tersebut diberikan oleh kerajaan negeri dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan sebagai tanda prihatin dan simpati di atas musibah yang berlaku terhadap keluarga mangsa Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!