X

Kindly register in order to view this article
!

Azhar berkecuali usul ambil tindakan ke atas Idrus, Takiyuddin

Azhar Azizan
A
A

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membuat keputusan untuk mengecualikan diri beliau daripada membuat sebarang keputusan berkaitan usul oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran.

Azhar berkata, pihaknya telah menerima usul oleh Kula Segaran pada 29 Julai lepas.

"Usul tersebut mempunyai hal-hal yang bersangkutan dan mengenai Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, sebagaimana yang diketahui umum adalah abang kandung saya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Azhar berkata, sebarang keputusan mengenai usul tersebut diserahkan kepada dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Saya tidak akan campur tangan dalam apa cara sekalipun dalam pelaksanaan tugas timbalan-timbalan Yang Dipertua di dalam hal berkaitan," katanya.

Kula Segaran dalam surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 29 Julai, mencadangkan usul agar tindakan sewajarnya diambil terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!