61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan

Antara individu yang ditahan dalam Ops Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong, Kota Kinabalu.
Antara individu yang ditahan dalam Ops Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga individu disyaki sebagai dalang penyambungan elektrik haram antara 61 yang ditahan dalam Ops Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong pada Jumaat.

Operasi selama enam jam bermula 5 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Zaidi Abdullah berkata, operasi berkenaan menahan 39 lelaki dan 22 wanita berusia 16 hingga 60 tahun.

Katanya, turut dirampas kabel elektrik pelbagai jenis dianggarkan seberat 30 kilogram untuk menyambung serta mencuri bekalan elektrik.

"Tiga lelaki yang disyaki menjadi dalang kepada penyambungan elektrik secara haram turut diberkas dalam operasi ini.

Penyambungan elektrik dikesan menggunakan cangkuk besi di kabel utama di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong, Kota Kinabalu.
Penyambungan elektrik dikesan menggunakan cangkuk besi di kabel utama di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong, Kota Kinabalu.

"Ketiga-tiga suspek dipercayai mengenakan sejumlah bayaran kepada mereka yang ingin membuat penyambungan baharu serta penyambungan semula ketika bekalan elektrik dipotong oleh SESB," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohd Zaidi berkata, modus operandi mereka ialah menggunakan menggantung cangkuk besi di kabel pencawang utama.

Artikel Berkaitan:

"Pemerhatian di penempatan itu mendapati banyak wayar atau kabel dipasang secara bahaya dipelbagai sudut dan lebih membimbangkan terdapat wayar dan kabel elektrik yang berada dalam takungan air.

"Semua tangkapan dan rampasan di bawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.