Pengundi muda penentu kemenangan di Semenyih

A
A

SHAH ALAM - Golongan muda bakal menjadi penentu kepada kemenangan calon dalam PRK DUN Semenyih.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Nasrul Haniff Harun berkata, berdasarkan keseluruhan pengundi di Semenyih, kira-kira 40 peratus adalah pengundi muda.

Menurutnya, jika melihat kepada PRU lalu, suara orang muda di Selangor khususnya berjaya memberikan kemenangan besar buat PH.

"Orang muda dilihat sebagai pengundi bijak di mana dalam dunia sekarang banyak ruang maklumat dapat diperoleh dan mereka pandai menilai," katanya dalam Wacana Sinar Harian Ke-91, Semenyih Pasca PRK: Janji Untuk Rakyat, hari ini. Menurutnya, dalam konteks Semenyih, faktor calon lebih dominan berbanding parti.

"Orang muda mahu wakil yang mampu bawa suara mereka. Kekuaran calon itu mainkan peranan penting," katanya.