Bekas pemain badminton negara meninggal dunia

Bekas pemain badminton kebangsaan, Abdul Rahman Mohamad meninggal dunia pada Khamis. - Foto BAM
Bekas pemain badminton kebangsaan, Abdul Rahman Mohamad meninggal dunia pada Khamis. - Foto BAM
A
A
A

BEKAS pemain badminton negara, Abdul Rahman Mohamad meninggal dunia.

Perkembangan itu disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi kenyataan di Facebook badan induk itu, sebentar tadi.

Menurut kenyataan berkenaan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam pada jam 5.53 petang Khamis.

"Jasa serta sumbangan Allahyarham dalam arena badminton kebangsaan pasti akan terus dikenang. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," kata kenyataan itu.

Abdul Rahman dilahirkan pada 9 Mei 1946, juga anggota skuad Piala Thomas 1970, turun selaku perseorangan kedua selepas mendiang Datuk Punch Gunalan pada perlawanan akhir edisi kelapan kejohanan berprestij itu menentang Indonesia.

Artikel Berkaitan: