Tindakan kerajaan ketepikan peranan Agong tidak boleh diterima

Rafidah Aziz (kiri) Kenyataan Rafidah menerusi Facebook pada Khamis.
Rafidah Aziz (kiri) Kenyataan Rafidah menerusi Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan berkenaan pembatalan Ordinan Darurat merupakan satu perbuatan yang tidak boleh diterima kerana mengetepikan peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kerajaan jelas tidak mempedulikan proses demokrasi seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

“Sekarang telah diumumkan secara rasmi bahawa Seri Paduka Baginda tidak dimaklumkan tentang keputusan untuk membatalkan darurat itu.

“Yang terlibat mesti dihukum dengan setimpal atau berundur,” katanya menerusi Facebook beliau pada Khamis.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung proklamasi darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Takiyuddin berkata, kerajaan juga memutuskan, berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh proklamasi darurat dibatalkan berkuatkuasa 21 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Rafidah berkata, rakyat Malaysia berasa kecewa apabila melihat kemelut yang dicetuskan kerajaan ketika ini.

“Rakyat masih terperanjat dengan pengumuman yang dibuat secara mencelah atas ‘point of order’ di Dewan Rakyat,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: