Tiada apa yang lebih berharga bila...: Aidid Marcello

Aidid Marcello bersama keluarganya
Aidid Marcello bersama keluarganya
A
A
A
PENGACARA terkenal, Aidid Marcello berkongsi kegembiraan apabila anaknya, Nailina Marcello memperolehi pencapian akademik cemerlang 5A, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.
Kegembiraan berganda itu dikongsi menerusi akaun Instagramnya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Norzie Pak Wan Chek serta anaknya itu.
"Tiada apa yang lebih berharga bila rezeki dipanggil untuk ke Tanah Suci kali ini dapat bersama isteri dan anak dara saya.
Artikel Berkaitan:
"Alhamdulillah @nailinamarcello 5A 1B UPSR, bolehlah minta doa seterusnya di depan Kaabah insya-ALLAH.
"Bestnya rasa macam impian jadi kenyataan sebab dah lama dah doa untuk ke sana bersama isteri.
"Insya-ALLAH saya akan kongsikan info dan tips apa sahaja yang saya ada ketika di sana nanti," luahnya.