Kerajaan diminta lebih ikhlas bekerjasama dengan pembangkang
SHAH ALAM - Kerajaan diminta supaya lebih ikhlas dalam langkahnya untuk bekerjasama dengan pembangkang bagi menangani penularan Covid-19.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, usaha untuk menyelamatkan negara daripada ancaman wabak tersebut memerlukan kerjasama yang tidak hanya sekadar seperti mencukupkan syarat sahaja.
“Bukan saya nak skeptikal. Tapi kalau kita lihat Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibentuk tanpa berbincang dengan pembangkang dulu untuk diteliti. Kami dijemput kemudian dan hanya diberikan tiga tempat walhal pembangkang ini besar.
“Sekarang ini bukan sahaja Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), tetapi ada juga Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan bebas.
“Jadi bagi tiga sahaja. Itu bagi saya sepatutnya lebih ikhlas,” katanya ketika mengulas mengenai kerjasama pembangkang dalam MPN dal
Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, bagi menggabungkan kerjasama berkesan antara kerajaan dan pembangkang, ia memerlukan kepada kepimpinan yang berkesan, kukuh dan berkeyakinan.
“Bagi saya ia bermula dengan kepimpinan yang ada keyakinan dan kemahuan serta pandangan yang sangat jauh.
“Kita sekarang ini berjuang bukan untuk diri sendiri atau parti tapi rakyat dan masa depan negara. Kalau perkara ini tidak menjadi asas kepada setiap ikhtiar kita, maka banyaklah masalah yang kita akan hadapi,” ujarnya.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin di Pangkalan TLDM
Cendekiawan 'sederhana' tak harus dibawa masuk sebagai profesor pelawat - PM
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Mizan
Serangan di Gaza: MBM, KNP desak tindakan kemanusiaan segera diambil
[VIDEO] KPT tidak sekat kebebasan akademik universiti
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
'Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang' - Siti Aisyah
Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024