ADUN Kemuning masuk wad

Razuan (kanan) ketika melawat Mohd Roseli di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, semalam.
Razuan (kanan) ketika melawat Mohd Roseli di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, semalam.
A
A
A

MACHANG - ADUN Kemuning, Mohd Roseli Ismail dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu petang semalam selepas mengadu sesak nafas.

Beliau yang dikatakan baharu tiba dari Kuala Lumpur mengalami sesak nafas ketika berada di rumahnya di Kampung Ayer Hijau, di sini sebelum dihantar ke Klinik Batu 30 dan seterusnya dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana bagi rawatan lanjut.

Ketua Pemuda Pas Machang, Razuan Awang Hamat berkata, Mohd Roseli mengalami sesak nafas berpunca daripada masalah gastrik yang dialaminya.

Katanya, keadaan ADUN Kemuning tersebut bertambah baik dan meminta semua pihak mendoakan kesihatan Mohd Roseli.

Artikel Berkaitan: