Dua orang kuat lawan rasuah bergabung

Program ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah dalam Kalangan Mahasiswa’ itu bakal menampilkan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
Program ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah dalam Kalangan Mahasiswa’ itu bakal menampilkan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua ‘orang kuat’ dalam kempen melawan rasuah bakal bergandingan dalam program pembentangan khas kaji selidik rasuah dalam kalangan mahasiswa di Sinar Live anjuran Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) hari ini.

Program ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah dalam Kalangan Mahasiswa’ itu bakal menampilkan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.

Pemangku Presiden YARM, Mohd Rafee Md Aris berkata, tujuan kaji selidik itu dilakukan adalah bagi memperlihatkan secara jelas corak pemikiran dan pemahaman mahasiswa terhadap jenayah rasuah.

“Azam bakal membuat kemunculan beliau dalam sesi kedua iaitu ‘Analisis dan Solusi Rasuah’ bagi memberi ulasan dan pendapat beliau mengenai polisi serta kaji selidik ini selain tindakan susulan daripada pihak SPRM.

“Sepentas bersama Azam ialah Firdaus Ramlan, bekas majistret yang juga merupakan lulusan undang-undang UiTM bagi berkongsi pengalaman beliau sewaktu bekerja sebagai majistret.

“Hussamuddin pula bakal merumuskan keseluruhan dapatan kajian itu pada sesi ketiga, ‘Sekilas bersama Mr Rasuah Busters’.

“Program YARM ini dilakukan dalam kalangan mahasiswa kerana mereka ini merupakan bakal perintis kepada pembangunan negara, baik di sektor kerajaan mahupun swasta,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Program ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah dalam Kalangan Mahasiswa’
Program ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah dalam Kalangan Mahasiswa’

Pada sesi pertama, kaji selidik itu dibentangkan oleh cendekiawan daripada Institut Pengajian Sains Sosial UPM, Profesor Madya Dr Hanina Hamsan, Profesor Madya Dr Akmar Hayati Abdul Ghazali dan Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman.

Turut dibawakan ialah pegawai integriti bertauliah, CEO Mahasiswa Kedoktoran Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Norhaflinda Mohd Sahabuddin.

Program itu turut dijayakan oleh Inisiatif Pembaharuan Malaysia (MARI), Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan SPRM.

Penonton boleh saksikan program itu secara langsung di www.sinarharian.com.my dan platform Facebook Sinar Harian bermula jam 3 petang hari ini.