Terima ugutan, Decathlon batal rancangan jual tudung sukan

Permintaan produk itu bermula di Maghribi.
Permintaan produk itu bermula di Maghribi.
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Peruncit barangan sukan Perancis, Decathlon telah membatalkan rancangan menjual tudung untuk pelari wanita selepas berdepan bantahan awam.

Firma itu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mereka menerima ancaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kami memutuskan untuk tidak memasarkan produk tersebut buat masa ini," kata jurucakap Decathlon, Xavier Rivoire, semalam.

Syarikat terbabit mendakwa ia telah menerima 500 panggilan dan emel aduan tentang tudung tersebut malah kakitangan mereka turut dihina dan menerima ugutan fizikal.

Tudung jenis material ringan itu bakal dipasarkan di 49 negara bermula bulan depan.

Terdahulu, beliau berkata, jualan tudung itu adalah untuk memastikan sukan dapat diakses oleh semua wanita di seluruh dunia.

Ahli politik menyifatkan 'tudung untuk lari' itu kononnya bertentangan dengan nilai sekular negara dan beberapa Ahli Parlimen turut mencadangkan langkah boikot ke atas jenama itu.

Menteri Kesihatan, Agnes Buzyn dalam satu kenyataan berkata, beliau lebih suka jika jenama Perancis tidak mempromosikan tudung.

Artikel Berkaitan:

Isu bagaimana wanita Islam berpakaian di tempat awam sering mencetuskan kontroversi di Paris. - BBC