X

Kindly register in order to view this article
!

Kesan pandemik Covid-19

A
A

Pemandangan keadaan gerai makanan dan minuman tumpuan pengunjung kelihatan sepi, terbiar dan ada antaranya rosak kerana ditinggalkan sekian lama, ketika tinjauan foto Bernama di sekitar kawasan perkelahan dan tumpuan pelancong di sepanjang pantai Panchur Hitam hari ini.

Ternyata pandemik Covid-19 yang melanda pulau ini secara langsung memberi impak kepada kemerosotan fungsi ekonomi serta pendapatan golongan peniaga di sini.

Hari ini, pulau bebas cukai itu menjadi Wilayah Persekutuan dan negeri pertama di Malaysia mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan Covid-19 dengan 80 peratus populasi dewasa melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Labuan mencatatkan 11 kes harian Covid-19, menjadikan kumulatif kes mencecah 9,618.

Walaupun kes harian di Labuan memperlihatkan penurunan ketara dan rendah, namun masyarakat dinasihatkan agar terus menjalani kehidupan dengan amalan norma baharu agar penularan jangkitan dapat dibendung, mengurangkan kesan buruk pandemik yang berpanjangan, seterusnya dapat membangun semula ekonomi masyarakat setempat di sini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!