50 individu leka berhibur dikenakan kompaun

Antara individu yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Waterfront Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu pada Ahad.
Antara individu yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Waterfront Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu pada Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seramai 50 pelanggan yang sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan dikenakan kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu serbuan di Waterfront, Jalan Tun Fuad Stephen pada Ahad.

Dalam operasi jam 9.30 malam itu, pengurus pusat hiburan terbabit turut dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 serta ditahan bersama tiga pekerja warga China bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, operasi dijalankan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Menurutnya, ketika pemantauan dijalankan, pihaknya mendapati muzik sedang dimainkan dengan kuat dan pelanggan juga sedang berhibur sambil minum minuman beralkohol.

"Hasil pemantauan, semua 50 pelanggan premis berkenaan didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mendaftar di MySejahtera atau pada buku disediakan.

"Pelanggan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang membabitkan 25 lelaki dan 25 wanita kerana ingkar dan melanggar SOP ditetapkan," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Mohd Zaidi berkata, semua pelanggan didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

"Individu yang melakukan kesalahan pertama mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), boleh dikenakan hukuman dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pemeriksaan lesen turut mendapati premis berkenaan menggunakan lesen Restoran Kelas Dua yang melanggar syarat perniagaan dengan menjalankan aktiviti pusat hiburan.