AS menang emas acara 4x100m gaya bebas berganti-ganti

Skuad renang lelaki Amerika Syarikat (AS) memperoleh pingat emas menerusi acara 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti.
Skuad renang lelaki Amerika Syarikat (AS) memperoleh pingat emas menerusi acara 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti.
A
A
A

TOKYO - Skuad renang lelaki Amerika Syarikat (AS) memperoleh pingat emas menerusi acara 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti dengan catatan masa tiga minit dan 08.97 saat di kejohanan Olimpik Tokyo pada Isnin.

Terdiri Caeleb Dressel, Blake Pieroni, Bowen Becker dan Zach Apple, pasukan itu berada di kedudukan selesa untuk mengekalkan gelaran juara, lapor Xinhua.

Itali merangkul pingat perak dengan catatan masa 3:10.11 saat. Pasukan Australia melonjak dari kedudukan keenam ke tempat ketiga di belakang Itali dengan perbezaan 0.11 saat. - Bernama

Artikel Berkaitan: