X

Kindly register in order to view this article
!

Jemaah umrah antarabangsa dibenarkan 10 Julai

Jemmah umrah antarabangsa dibenarkan melakukan semula ibadat itu selepas kejayaan Arab Saudi mengendalikan ibadat haji baru-baru ini. - Foto AFP
A
A

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi pada Ahad mengumumkan ibadah umrah untuk umat Islam antarabangsa dibuka semula dari 1 Muharram 1443 atau 10 Ogos 2021 selepas kejayaan ibadat haji baru-baru ini.

Dalam pada itu, umrah untuk rakyat dan penduduk yang tinggal di negara itu telah bermula pada 25 Julai lalu.

Sebelum ini, ibadat itu digantung pada minggu pertama Dzulhijjah bagi memberi laluan kepada persiapan ibadat haji pada 17 Julai lalu.

Para jemaah perlu mengikuti petunjuk di atas lantai apabila melakukan tawaf seperti yang berlaku semasa musim haji.

Jemaah umrah iaitu India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di sebuah negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.

Dalam pada itu, jemaah umrah dari negara-negara lain dibenarkan tiba di Arab Saudi tanpa kuarantin ekoran pandemik Covid-19.

Para jemaah dikehendaki mendapatkan dua suntikan dos vaksin Covid-19 sama ada Pfizer, Moderna, AsraZeneca atau J&J.

Dos vaksin yang lengkap dari China dengan ditambah suntikan sama ada Pfizer, Moderna, AsraZeneca atau J&Jn juga perlu dilakukan oleh jemaah umrah. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!