X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada tangkapan peserta konvoi 'Bendera Hitam' di Temerloh

Mohd Azhar Mohd Yusoff
A
A

TEMERLOH- Polis Daerah Temerloh menafikan berhubung berita penangkapan tiga peserta konvoi 'Bendera Hitam' di daerah itu seperti mana yang disiarkan sebuah portal berita pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung konvoi kenderaan 'Bendera Hitam' di daerah itu.

Menurutnya, tiada sebarang tangkapan dilakukan terhadap mana-mana pihak dalam kes berkenaan, justeru berita yang disiarkan adalah palsu dan tidak bertanggungjawab.

"Kita minta mana-mana pihak supaya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan dengan mendapatkan pengesahan daripada polis dan pihak-pihak berkenaan," katanya melalui satu kenyataan pada malam Sabtu.

Pada Sabtu, sekumpulan peserta mengambil bahagian dalam konvoi 'Bendera Hitam' berkereta sebagai tanda bantahan terhadap pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani pandemik Covid-19.

Kempen yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) itu difahamkan turut berlangsung serentak di beberapa negeri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!