X

Kindly register in order to view this article
!

Lori terbalik di lebuh raya, halang laluan

Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit selepas sebuah lori hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 50.9 Lebuhraya Utara Selatan, Simpang Renggam, Kluang pada Sabtu.
A
A

KLUANG - Sebuah lori hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 50.9 Lebuhraya Utara Selatan, Simpang Renggam dekat sini pada Sabtu.

Kemalangan pada jam 8.06 pagi menyebabkan lori jenis Scania itu menghalang laluan lebuh raya arah selatan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Affendi Mustafa berkata, lori tersebut dipercayai dari Kedah menghala ke Johor Bahru sebelum terbabas.

"Kemalangan tersebut menyebabkan pemandu, Muhammad Shairazi Damis, 38, dan kelindan, Mohd Syukri Mat Isa, 23, tersepit di tempat duduk.

"Seramai tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kedua-dua mangsa cedera pada bahagian tangan dan kaki sebelum dikeluarkan dengan peralatan khas.

"Mereka diserahkan kepada ambulans dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada jam 8.41 pagi," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!