X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua Pemuda Amanah kritikal positif Covid-19

Shazni Munir
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin agak kritikal dan lemah akibat positif Covid-19.

Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Asim Abdullah Ainullotfi berkata, status Shazni Munir kini dalam tahap empat.

“Kami juga dimaklumkan isteri dan anak-anak beliau disahkan positif Covid-19.

“Buat masa ini, mereka sedang menjalani kuarantin wajib di rumah sementara menunggu arahan seterusnya daripada pihak kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Asim Abdullah berkata, pihaknya turut memohon doa dan sokongan daripada semua agar keadaan Shazni Munir yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) segera pulih.

“Pada masa sama, bagi meringankan bantuan keluarga beliau berhadapan dengan ujian ini, mana-mana sahabat yang ingin membantu boleh salurkan bantuan terus kepada isteri beliau,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!