Runtuhan kondominium: Pasukan penyelamat tamat misi pencarian

Sekurang-kurangnya 97 mangsa terkorban selepas kondominium Champlain Towers South di Florida runtuh 24 Jun lalu. - Foto Reuters/Marco Bello
Sekurang-kurangnya 97 mangsa terkorban selepas kondominium Champlain Towers South di Florida runtuh 24 Jun lalu. - Foto Reuters/Marco Bello
A
A
A

FLORIDA - Pasukan penyelamat umum telah menghentikan misi pencarian di bawah serpihan runtuhan kondominium di Florida selepas sebulan usaha itu dijalankan.

Pasukan Bomba Miami-Dade menamatkan perkhidmatan di tapak runtuhan itu pada Jumaat dengan membawa keluar kesemua jentera yang digunakan dalam misi berkenaan.

Dalam satu upacara khas, Ketua Bomba Alan Cominsky memberi penghormatan kepada anggota bomba yang bekerja keras mencari mangsa.

Sekurang-kurangnya 97 mangsa terkorban selepas kondominium Champlain Towers South di Florida runtuh 24 Jun lalu.

Seorang lagi mangsa dilaporkan masih hilang dalam kejadian itu dan dikuatiri maut.

Serpihan runtuhan di tapak kondominium itu telah dibersihkan dan dibawa ke sebuah gudang di Maimi.

Ini bagi membolehkan para penyiasat jalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pasukan penyelamat berdepan pelbagai cabaran dalam misi pencarian termasuk ancaman angin kencang dan hujan lebat susulan ribut Tropika Elsa.

Artikel Berkaitan:

Selama misi beberapa minggu itu, mereka telah mengalihkan sebanyak 13,000 tan metrik serpihan runtuhan sebelum akhirnya mengumumkan mengakhiri usaha mencari dan menyelamat di tapak berkenaan. - Awani

Pasukan penyelamat tamat misi pencarian di tapak kondominium runtuh

ARTIKEL BERKAITAN:Kondominium runtuh: Korban meningkat kepada 90 orang