Dasar luar Iran 'diracuni' perbalahan

Mohammad Javad Zarif. - Foto EPA
Mohammad Javad Zarif. - Foto EPA
A
A
A

TEHERAN - IRAN. Mohammad Javad Zarif berkata dasar luar Iran telah 'diracuni' perbalahan parti, selepas membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai menteri luar Iran, semalam.

Presiden Hassan Rouhani dilaporkan masih belum secara rasmi menerima peletakan jawatan Zarif.

Beliau juga tidak menyentuh tentang peletakan jawatan tersebut ketika berucap dalam satu siaran televisyen hari ini, namun Rouhani sempat memuji ketahanan serta kemampuan Zarif.

"Apa sahaja tindakan kementerian luar adalah untuk dan kerana rakyat. Ini kerana kerajaan dilantik oleh rakyat," kata presiden terbabit.

Jurucakap Dasar Luar dan Keselamatan Kebangsaan berkata,sebilangan besar ahli Parlimen Iran menandatangani surat yang dihantar kepada Presiden Rouhani, meminta Zarif terus kekal sebagai menteri luar.

Terdahulu, Zarif mengumumkan peletakan jawatannya menerusi laman Instagram tanpa memberi sebarang penjelasan berhubung keputusannya itu.- BBC

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Luar Iran umum letak jawatan

Artikel Berkaitan: