Menteri Luar Iran umum letak jawatan

Mohammad Javad Zarif dilapor mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri luar Iran. - Foto AFP
Mohammad Javad Zarif dilapor mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri luar Iran. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - IRAN. Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif dilapor mengumumkan peletakan jawatannya menerusi laman Instagram, semalam.

Zarif, 59, yang juga perunding utama perjanjian nuklear tahun 2015 antara Iran dan beberapa kuasa utama dunia, turut memohon maaf atas kekurangan dirinya sepanjang berkhidmat untuk kerajaan.

"Saya mohon maaf kerana tidak dapat terus memegang jawatan ini, dan maaf di atas segala kekurangan," tulis Zarif sambil menambah beliau berterima kasih kepada semua rakyat Iran.

Zarif, yang juga bekas duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mula memegang jawatan menteri luar Iran pada tahun 2013 selepas pelantikan Presiden Hassan Rouhani.

Beliau dikatakan menerima tekanan hebat daripada pihak berkuasa Iran berikutan penarikan diri kerajaan Amerika Syarikat daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), perjanjian yang menyaksikan Iran menghadkan aktiviti nuklearnya. - BBC

Artikel Berkaitan: